TEKNIK AR-RAHNU

Jana kekayaan anda dengan teknik pajak Ar-Rahnu yang memberikan lebih peluang dan ruang berbanding Kedai Pajak Konvensional yang sememangnya HARAM (RIBA) dan tidak membawa keuntungan: Dua teknik di bawah boleh dijadikan panduan untuk mula melabur dalam emas 999.9 dan 916 samada Dinar Emas, Syiling Emas dan Jongkong Emas. Ini kerana emas dalam bentuk ini di cipta khas untuk pelaburan. Barang kemas juga boleh, tetapi ia mempunyai susut nilai yang tinggi (25%) sekiranya dijual balik berbanding jongkong 999.9 yang hanya 5% spread (susut nilai).             


MULAI 10 MAC 2011, MARGIN PINJAMAN AR-RAHNU AGROBANK DITUKAR KEPADA 65% DAN KADAR UPAH SIMPAN 0.75%..Harap Maklum.


TEKNIK PAJAK DINAR EMAS (Standard: 4.25 gram emas 916)
  1. Beli 2 dinar Emas (e.g: RM 500 X 2) = RM 1000.
  2. Pajak  kedua - duanya di Agro Bank Ar-Rahnu (sebab ini yang paling murah upah simpan dia di antara Ar-Rahnu yang lain dan paling payah nak lelong emas orang)..
  3. Ar-Rahnu akan bagi 65% daripada nilai. marhum. So, RM 1000 x 65% = RM 650.
  4. Dengan wang tersebut, beli lagi satu dinar. RM 650-RM 500. Baki = RM 150. Pastu, pajak lagi untuk dapatkan RM 500 x 65% = RM 325.
  5. Lastly beli satu dinar terakhir dan simpan di tangan dengan kos RM 325 + RM 150 + RM25 (topap) =RM 500 (Simpan sebagai Queen).
  6. Kos simpanan emas di Ar-Rahnu adalah lebih kurang 0.75%  sebulan daripada nilai marhum. So, utk gadaian pertama 0.75% x RM1000 = RM 7.50 sebulan. Gadaian kedua & ketiga = 0.75% x 500 = RM3.25 sebulan
  7. Katakan emas naik harga dalam tempoh 6 bulan berlalu, katakan harga jual balik RM 600..maka anda boleh mula menebus semula dan menikmati untung.
  8. Caranya: Jual dinar emas ditangan pada harga RM600. Tebus emas akhir digadai. Harga tebus ialah (RM 325 + Upah 6 Bulan (RM 3.25 x 6=19.5)..maka untung ialah RM600 - (350+19.5) = RM 255.50 - topap RM 25 dlm langkah (5) = RM230.50.
  9. Sekarang anda dapat semula emas dan wang RM230.50. Jual Dinar tadi RM600, maka anda ada RM600 + RM230.50 = RM830.50. Tebus 2 dinar emas awal tadi pada harga RM 650 + RM  upah simpan (RM 7.50 x 6  = RM 45) .Maka Kos menebus  ialah RM 830.50 - (RM 650 + RM 45) = RM135.50
  10. Sekarang jual semula semua dinar anda dan anda dapat RM 600 x 2 + RM 135.50 = RM1335.50
  11. Dengan kata lain, pelaburan RM 1000 anda dapat RM 335.50 dalam masa anggaran 6 bulan, setahun RM 671 (Anggaran simulasi)
  12. Kalau anda  simpan ASB RM 1000 setahun berapa ?? Hanya 8.25% x RM1000 = RM 82.50 sahaja.(rekod tahun 2010)
  13. Bagaimana kalau gunakan kepingan 10 dinar? Untungnya 5 x RM 671  = RM 3355. Kalau kepingan 10 dinar pula? RM 10 x RM 671 = RM6710. WOW !!!
  14. Modal 10K (RM1000 x 10) dapat RM 6710.  berbanding ASB tahun 2010 hanya dapat RM 825. Bebaloi bukan.??
  15. Konsep yang sama digunakan untuk Jongkong 20g, 50g, 100g dsb..Lagi besar jisim dan keaslian emas 999.9 dan 24 K, maka keuntungan anda berlipat ganda berbanding pelaburan umum biasa. 
  16. Secara purata, emas naik antara 25 -35% setahun, kalis inflasi dan juga tidak mungkin nilainya SIFAR.
  17. Sekian. Selamat membeli dan beramal untuk kebaikan ekonomi anda.
** Simulasi dibuat untuk memudahkan pemahaman. Tiada jaminan harga emas naik setiap masa. Namun berbaloi jika keuntungan pelaburan bermula SEKARANG !!!